Nota Editor : Catatan ini asalnya diterbitkan di fb wall saudara Yazid Zul, seorang pensyarah UIA yang banyak berkongsi kisah teladan dan pandangan di wall beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Harapan kami semoga catatan ini membuka mata dan minda anda akan masalah sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat kita dikala ini.
MESEJ PENTING kepada ibubapa pelajar
Assalamualaikum wbr.
Nama saya Dr Mohd Yazid Zul dari Universiti Islam Antarabangsa. Semoga makcik pakcik sihat walafiat harapnya. Kesihatan perlu dijaga. Semoga makcik pakcik sihat dan ceria selalu. Semoga redha Ilahi sentiasa mengiringi.
Mesej penting berkenaan anak pakcik makcik.
Rasullullah s.a.w pernah pesan. Sekiranya ada seorang lelaki yang kamu puas hati dengan agamanya meminang anak kamu, hendaklah kamu terima. Sekiranya tidak, dunia ini akan penuh dengan mafsadah dan kejahatan.
Saya menulis surat ni kepada makcik pakcik untuk meminta makcik pakcik membantu saya dalam kempen mengelak zina. Secara spesifiknya, kempen supaya anak makcik pakcik tidak berzina. Saya ni jaga asrama pelajar juga. Saya dapati antara punca utama kes maksiat dan zina ialah bila pelajar-pelajar jatuh cinta dan dah berhajat antara satu sama lain tapi dihalang oleh makcik pakcik dari berkawan.
Sekalipun pelajar-pelajar ni belajar agama, mereka ada nafsu juga. Pelajar lelaki kalau teman wanita mereka bagi greenlight nak bermaksiat, macam-macam akan berlaku. Waktu spot check asrama perempuan, ada kes DVD lucah ditemui. Lepas soal siasat, rupanya teman lelaki yang bagi. Setakat mana mereka dah bermaksiat, hanya Tuhan yang tahu.
Saya pernah jumpa pelajar-pelajar yang dah bercouple sampai tiga empat tahun. Kata mereka, semua benda dah buat. Kawin saja belum. Sebabnya bila minta nak kawin, parent tak bagi. Ibu bapa tumpang dosa bila anak berzina dalam keadaan macam ni.
Sebab makcik pakcik tak kasi anak kawin boleh saya faham.
‘Mereka ni budak lagi, belajar la dulu!’
‘Takyah kawin waktu belajar, fokus pada study.’
‘Kawin amendenye, duit pun takde.’
‘Kawin muda tak matang ni nanti cerai pulak.’
Inilah antara kebimbangan makcik pakcik.
Sebelum saya menjawab, biar saya cerita apa yang budak budak muda zaman sekarang ni selalu buat.
Biasanya mereka akan ber chatting dan bermanja dengan boyfriend guna smartphone. Lepas tu mereka biasa dating dating berdua sambil jalan pegang tangan. Waktu ber chatting tu, biasanya ada juga conversation yang agak lucah. Lepas tu, mereka juga biasa ber video call. Video call dengan boyfriend ni besar bahaya pasal anak gadis bila dah terlalu asyik bercinta, kadangkala menurut semua yang boyfriend minta. Maka boleh turun taraflah dari seorang muslimat kepada seorang gadis yang dah macam pelakon lucah pula.
Saya kenal sebahagian pelajar yang dah tahap wajib kawin. Gambar profile picture pun gambar dipeluk romen oleh boyfriend. Kita hidup pada zaman zina dipermudah, kawin dipersusah.
Bila dah biasa teransang begitu, kadang-kadang jadi zina terus. Bila dah biasa dating berdua, berpegangan tangan, chatting lucah dan sebagainya, nafsu payah nak kawal lagi. Zina. Bila minta kawin pula makcik pakcik halang. Besar dosa makcik pakcik buat begitu.
Usahlah bimbang dengan rezeki Allah. Pelajar laki dan perempuan tu lepas kawin boleh tinggal di asrama masing-masing. Kenduri buat kecik kecik, panggil 20 kawan dan famili cukuplah. Lepas kawin, hujung minggu tu pergilah ke hotel. Takpe, relationship dah halal.
Kalau bimbang anak pregnant dan tak dapat study, usahlah pakcik makcik terlalu bimbang. Zaman teknologi canggih ni, ada teknik supaya boleh elak pregnant. Marilah saya kongsi rahsia – kondom. Mungkin makcik pakcik boleh Google Internet kalau makcik pakcik nak tahu lebih.
Tentang duit, isteri kenalah setuju awal bahawa suami takyah tanggung waktu tengah belajar. Masing masing self sponsor dulu kejap waktu tengah study.
Pelajaran akan merosot? Makcik pakcik silap sebenarnya. Bila mereka ni dah puas begitu, mereka akan lebih semangat untuk belajar.
Perkahwinan itu menyempurnakan agama. Wassalam.
Sumber : http://thevocket.com/