Penjelasan Isu Pertengakran Di Debat GST UIA Oleh Lokman Adam (Wakil UMNO)

Thursday, May 14, 2015



PENJELASAN ISU PERTENGKARAN DI DEBAT GST UIA
Oleh Lokman Adam

Pertama sekali saya hendak jelaskan bahawa saya menerima undangan untuk berdebat dengan YB Rafizi Ramli anjuran MPP UIA seminggu yang lalu. Malangnya dua hari yang lalu, pihak UIA telah memaklumkan kepada saya bahawa Debat tersebut dibatalkan kerana pihak Rektor UIA tidak meluluskannya.

Walau bagaimanapun, petang tadi pihak MPP UIA memaklumkan ianya diteruskan juga dan Rafizi telah bersetuju untuk hadir. Atas nasihat Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi, demi menjaga nama baik dan maruah JASA, saya telah hadir.

BACA ARTIKEL BERKAITAN : Akibat Cuba Menghasut Mahasiswa UIA Dengan GST, Rafizi Ramli Hampir Bergaduh Dengan Pengawal ! (VIDEO)

Selepas lebih kurang 10 minit berucap, pihak keselamatan UIA telah meminta saya berhenti cara baik dan saya berhenti berucap. Pihak Pengawal juga bersetuju membenarkan Rafizi berucap selama 10 minit untuk berlaku adil. Malangnya selepas 10 minit berucap bila pihak keselamatan meminta Rafizi berhenti beliau enggan dan mengakibatkan pihak keselamatan menghentikan program secara paksa. Rafizi telah bertindak balas dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan UIA. Majlis akhirnya dihentikanboleh pihak MPP UIA.

PERTENGKARAN DIMEJA MAKAN

Sikap biadap Rafizi diteruskan dimeja makan dengan menghalau Pengawal Keselamatan yang bertugas dari bilik makan yang disediakan. Semua pengawal keluar kecuali seorang yang memakai T-shirt Jingga. Apabila merasakan mulut Rafizi sudah terlalu lancang dan tidak menghormati pengawal tersebut, saya telah menegur Rafizi supaya menghentikannya. Saya kata, "kita dah buat salah meneruskan program yang tidak dibenarkan pihak Universiti, kenalah terima risikonya". Beliau yang berang dengan jawapan saya itu mula menjadikan saya sasarannya pula sehingga berlaku pertikaman lidah.




Apa yang menyebabkan pergaduhan hampir tercetus tadi adalah apabila beliau mengatakan saya masuk UMNO sebaik sahaja lepas keluar ISA. Pada hakikatnya saya dibebaskan dari ISA pada tahun 2003. Manakala saya telah dipecat dari PKR adalah pada tahun 2004 kerana menegur penyelewengan dana di dalam PKR dan tindakan Wan Azizah bertemu George Soros tahun 2003 untuk mendapatkan dana pilihanraya 2004. Lebih menyakitkan hati ialah kerana fitnah itu keluar dari mulut Rafizi sendiri.

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.