PANAS !!! Wartawan Kurang Ajar Dengan Rakyat Kelantan Merupakan Penerima Anugerah Wartawan Terbaik ???

Thursday, May 21, 2015



Wartawan dan EDITOR Kosmo yang cukup kurang ajar.

Bukan sekali tapi hampir 3 kali berturut-turut mengaitkan nama Kelantan apabila pelaku jenayah melakukan salah laku.

Kenapa tidak highlight nama lain selain daripada ' Lelaki Kelantan diheret ke Mahkamah' .


Ini penulisan yang cukup dangkal dari meja wartawan Kosmo bahagian jenayah. Kami di I♥KELANTAN telah menghantar email kepada Editor Kosmo untuk menjaga sensitiviti rakyat Kelantan dengan tidak lagi menulis seperti budak tidak pernah sekolah seperti ini.




Ternyata kami seluruh rakyat Kelantan cukup kecewa dengan Kosmo, anak syarikat Utusan Melayu Berhad. Sudah tiba masanya kita memboikot Kosmo bermula hari ini.

Kepada wartawan Kosmo, Suhana Md Yusop alamat email Suhanfa.yusop@kosmo.com.my dan Editor bertanggungjawap Baharom Mahusin terima kasih atas headline yang cukup 'cerdik' ini.
Sebar & viralkan.

LAGI CONTOH HEADLINE RASIS




Lelaki Kelantan diheret ke mahkamah

SEPANG – Seorang lelaki berasal dari Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mencekik hingga mati tunangnya sebelum mayat mangsa ditemui di dalam belukar bawah jambatan Cyberjaya dekat sini.

Tertuduh Amal Adil Alias, 26, yang bekerja sendiri didakwa membunuh Rosshida Abdullah, 30, di bawah jambatan Cyberjaya menuju ke Garden Residence di Kilometer 37.2 Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) di sini antara pukul 5 pagi hingga 1 tengah hari 6 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, Amal yang berbadan besar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafiizah Mohd. Salim.

Sepanjang prosiding, Amal kelihatan tenang di kandang tertuduh dan mengangguk-angguk kepala tanda faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Noor Hafiizah menetapkan 25 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mengemukakan laporan bedah siasat.


ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.