Panas !!! Terkini Peniaga Dilarang Guna Poster 'GST Kami Tanggung' - Kastam

Sunday, May 24, 2015



PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia melarang penggunaan beberapa slogan yang sering digunakan untuk menarik perhatian pengguna kerana didakwa boleh mengelirukan orang ramai.

Slogan tersebut adalah 'GST Kami Tanggung', 'Anda Beli Kami Tanggung', 'Harga Tak Naik' dan 'GST Kami Bayar'.

Menurut Pengarah GST JKDM, Datuk T. Subromaniam, Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai kepenggunaan yang memang dikenakan setiap barangan dan perkhidmatan yang dijual.


“Slogan ini akan mengelirukan pengguna apabila membeli barang di kedai yang mengiklan contohnya GST Kami Tanggung, padahal perkataan GST itu tetap pula tertera pada resit,” katanya.

Ujarnya lagi, jika GST tidak dinyatakan di atas resit, pembeli yang juga merupakan peniaga tidak boleh menuntut bayaran balik cukai input daripada pihak kastam.

Lebih penting penggunaan slogan sebegitu akan mengelirukan orang ramai dan gagal menyampaikan maklumat tepat berhubung GST.

Sehubungan itu mana-mana premis perniagaan dan PBT yang menggunakan slogan tersebut dalam bentuk poster dan kain rentang perlu menanggalkannya dengan secepat mungkin. -Siakapkeli.my

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.