Muhyiddin Yasin ‘Menteri Pemalas’ – Puad Zakarshi

Sunday, May 24, 2015



Kuala Lumpur – Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap sebagai menteri pemalas kerana tidak menjaga portfolionya sebagai menteri pendidikan dan meninjau keadaan sekolah yang daif di Sabah dan Sarawak, kata bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu berkata, pegawai kementerian pendidikan yang bertanggungjawab juga tidak turun padang dan tidak tahu apa yang berlaku di bawah terutamanya di kawasan pedalaman.

“Masih belum terbela. Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif.

“Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah?


“Kerana menteri dan timbalan menteri juga malas turun ke bawah. Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah,” kata Puad dalam status Facebook yang dimuat naik semalam,  tidak berapa lama selepas Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri mempertahankan pandangannya dalam video yang tersebar agar lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat.

Puad merujuk kepada dua gambar yang diterimanya, memaparkan murid sekolah rendah menggunakan meja kayu yang usang dan rosak, dikatakan sekolah di Keningau, Sabah.

Puad yang juga bekas timbalan menteri pendidikan itu turut lantang membidas Putrajaya yang hanya mengumumkan peruntukan perbelanjaan berbilion ringgit untuk sektor pendidikan tetapi meragui sama ada manfaat itu dinikmati rakyat.

“Bunyi cantik di atas. Kerajaan belanja berbilion untuk 1Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya?

“Itu belum lagi dipaparkan asrama dan rumah guru yang daif di kawasan pedalaman,” katanya.




Beliau turut membidas Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diilhamkan Muhyiddin tetapi masih tidak cekap membela sekolah daif walaupun sudah memegang jawatan itu selama dua penggal.

“Sepatutnya bila TPM jadi menteri pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah-sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Turunlah ke bawah! Jangan banggakan PPPM kalau ‘level playing field’ masih tidak sama,” katanya.

Kenyataan Puad itu menimbulkan reaksi pengguna Facebook, namun Ahli Majlis Tertinggi Umno itu mempertahankan tindakannya.


ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.