
KUALA LUMPUR – Penyebaran foto yang memaparkan pintu cermin yang pecah di premis milik Tabung Haji di Kangar, Perlis semalam menimbulkan spekulasi kononnya kejadian itu disebabkan perbuatan khianat pihak tertentu yang tidak berpuas hati.
Bagaimana pun ternyata spekulasi liar itu jauh tersasar apabila PDRM mengesahkan kejadian tersebut tidak membabitkan unsur khianat atau seumpamanya.
Menurut Penolong Ketua Sekretariat Ketua Polis Negara, ACP Datin Asmawati Ahmad, pintu utama pejabat Tabung Haji itu pecah disebabkan pintu cermin itu longgar ketika anggota polis bantuan ingin menutupnya.
“Tiada unsur-unsur khianat atau sabotaj. Cermin pecah sebab anggota polis bantuan hendak tutup pintu. Dilaporkan cermin itu longgar. Kejadian berlaku 11 jam yang lalu dan tidak dibuat laporan polis kerana tidak membabitkan perbuatan atau elemen jenayah.,” jelas beliau.
“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi liar mengenai kejadian ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sementara itu satu salinan pesanan aplikasi Whatsapp yang memaparkan perbualan seorang individu Pintu tabung Haji - Siakapkelidengan Asrul, dipercayai kakitangan Tabung Haji turut mengesahkan pintu cermin premis itu pecah disebabkan engselnya yang longgar.
.jpg)
“Tiada apa-apa ustaz, engsel pintu longgar. Terkeluar tiba-tiba,” tulis Asrul dalam paparan mesej yang disiarkan oleh portal SiakapKeli.
Sejak minggu lalu berita-berita berkaitan Lembaga Tabung Haji menarik perhatian ramai berikutan kontroversi isu pembelian tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) yang berharga RM188.5 juta dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) .
Tabung Haji bagaimana pun membuat keputusan drastik untuk menjual semula plot tanah tersebut bagi mengelakkan fitnah dan salah sangka dari terus berleluasa.