Saya lihat ramai yang share artikel bertajuk "ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL".
Jika mahu share, share perkara yang betul dan sahih. Jangan share perkara yang tidak pasti kerana tak tentu pasal akan mendapaat dosa kering. Dosa sedia ada pun dah berbukit-bukit, kenapa nak tambah dosa kering yang berganda dalam sekelip mata.
Ingin saya menjelaskan dalam artikel itu akan menyebabkan lebih ramai keliru yang jahil akan bertambah jahil.
'Baca untuk pengetahuan sendiri dan pedoman semua...hidup sebagai seorang bernama Islam jangan berterusan dalam kejahilan.' <--- akan tetap jahil jika tidak menuntut ilmu dan tidak dapat dijadikan panduan kehidupan.
Ini salah satu soalan yang diutarakan dalam topik itu berserta jawapan yang diberikan.
"Soalan 3 : Adakah pernikahan wanita hamil itu sah ?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu."
Jawapan sebenarnya ialah seperti di bawah ini.
Tidak benar. Kita tinggal di Malaysia, maka kita kena ikut Mazhab Syafi'e. Memang ada mazhab yang mengatakan tidak sah tetapi Mazhab Syafi'e menyatakan sah.
"Pada sisi mazhab Syafi'e apabila berzina oleh seorang perempuan nescaya tiada wajib atasnya beriddah samada ia hamil atau tiada. Maka jika ia hamil maka harus lelaki yg berzina dengannya atau lelaki yang lain bernikah dengan wanita zina itu. Dan jika perempuan itu hamil maka makruh suami menjimaknya sebelum ia melahirkan anak zina tersebut."
Para ulama berbeza pendapat sekiranya wanita yang ingin dikahwini tersebut telah mengandung.
Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad bin Hassan al-Syaibani rahimahumullah berpendapat jika wanita tersebut mengandung tetap sah aqad nikah lelaki tersebut dengannya.Tetapi dengan syarat lelaki tersebut tidak menyetubuhinya sehinggalah wanita tersebut melahirkan anak itu.
Jumhur para ulama juga menggunakan dalil yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Majah dan Imam al-Baihaqi daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar dan Saidatina Aisyah radhiyallahu anhuma:
لا يحرم الحرام الحلال
Maksudnya: Perkara yang haram (zina) tidak akan mengharamkan perkara yang halal( nikah).
Hadis ini bermaksud, penzinaan tidaklah menghalang seseorang tersebut berkahwin dengan wanita yang berzina tersebut.
Perbuatan haram mereka berzina tidak mengharamkan mereka untuk melakukan pernikahan yang sah di mana hukumnya halal. Fatwa ini disepakati oleh jumhur ulama.
Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, penulis al-Fiqh al-Islami, hukum tidak sah seseorang lelaki menikahi wanita yang sedang hamil hasil hubungan luar nikah atau diistilahkan sebagai 'zina' dalam bidang fekah adalah fatwa mazhab Maliki.
Sumber Asal : https://goo.gl/g5rKaV