SHAH ALAM - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusof berkata, kejatuhan nilai ringgit tidak banyak memberi impak negatif kepada kos kehidupan pelajar tajaan Malaysia di luar negara.
Idris berkata, ini kerana biasiswa kerajaan terhadap pelajar di luar negara diberi dalam bentuk mata wang asing.
KANGAR: Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden UMNO itu berkata oleh yang demikian, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu.
"Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?
"Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap," katanya.
PETALING JAYA: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sanggup ditembak demi melindungi Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Katanya, falsafah itu menjadi pegangannya di mana sentiasa berada di hadapan pemimpin.
Kenyataan itu telah dirakam sewaktu ketika beliau memberikan ucaptama pada Majlis Perasmian Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa pada Selasa lepas.
“Kalau ditanya Ahmad Maslan adakah sanggup menerima peluru supaya Datuk Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak kena, Ahmad Maslan akan kata, saya sanggup menerima segala peluru,” katanya yang kemudian disambut dengan tepukan daripada para perwakilan yang hadir.
ANDA ADA BISNES ?
ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)